Monday 21 August 2017

7 PUNCA UTAMA JERAWAT

Break Out

Break Out istilah yang biasa digunakan bila muka diserang JERAWAT secara berjemaah dan pada tempat yang sama. Aduh, tambah parah bila ada parut-parut hitam lagi.
Break Out ini buat kita kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai. Hanya orang yang pernah alami tahu perasaannya macam mana.


Apa sebenarnya punca break out ni? Jom kita tengok sama-sama.

Hormon

Biasanya remaja paling banyak mengalami masalah jerawat disebabkan oleh kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.
Tapi tak perlu risau sebab sebum ni akan berkurangan seiring dengan bertambahnya usia. Lagi satu bila perempuan nak datang bulan pun, jerawat akan mula timbul. Itu adalah masalah hormon juga.

Jangkitan Bakteri
Rupanya dalam sel kulit kita ni ada bakteria. Bakteria ini makan sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Sebab tu tak boleh sentuh muka sesuka hati. Lagi-lagi dengan tangan yang tidak bersih.

Makanan

Makanan yang terlalu berminyak dan pedas lebih mendorong jerawat untuk naik kerana ia boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seeloknya lebihkan makan buah buahan dan juga sayuran sayuran.


Stress
Lagi banyak stress, lagi banyak jerawat akan keluar. Kenapa? Sebab adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan bila kita stress. Masa tu jerawat pun berlumba-lumba jugalah keluar. Sebaiknya kawal stress dengan sebetulnya untuk elak keadaan jadi lebih teruk.

Penggunaan kosmetik dan alat solek

Kotoran dan sisa kosmetik yang tidak dicuci dengan sempurna boleh menyebabkan liang pori tersumbat seterusnya menjadi punca kepada timbulnya masalah jerawat. Perkongsian alat makeup juga boleh meyebarkan bakteria ke muka. Sebab tu dinasihatkan untuk cuci bersih makeup tools selepas guna.

Seeloknya juga, elakkan menggunakan makeup yang berlebihan, dan sekiranya memang perlu untuk bermakeup, pastikan sisa kosmetik dibersihkan dengan sempurna.

Cahaya matahari

Haba daripada cahaya matahari yang membuatkan kulit berpeluh dan berminyak juga boleh menyumbat pori-pori seterusnya menyebabkan jerawat mudah tumbuh.

Pakaian

Ini pun menyumbang pada jerawat especially di belakang badan. Sebab kat belakang badan ada ribuan kalenjar dan liang roma untuk perangkap minyak dan sebum. Pakai pakaian yang sesuai dgn cuaca malaysia dan ada pengudaraan macam cotton. Tapi bukan suruh pakai yg mendedahkn kulit ye.
Lagi best, mengikut kajian memakai pakaian yang tidak mendedahkan kulit boleh menghalang dari terkena kanser kulit dan jangkitan bakteria daripada pencemaran. Ada hikmah mengapa Islam menyuruh kita menutup aurat.
Jadi itulah antara punca-punca kenapa jerawat boleh berlaku. Moga bermanfaat untuk semua.

Jika anda ada masalah dengan kulit muka, boleh komen di bawah. Untuk Ada bantu InshaaAllah 😊

Dapatkan Organic, Natural & Halal Skin Care Di Sini


Salam Ukhwah dari saya,

Mary Jardin Kuala Lumpur | Petaling Jaya, Selangor
SMS | Whatsapp: Klik >> 017 9177802
nuruladarahman@gmail.com
FB Page: Nurul Adawiah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen :)