Sunday 29 April 2018

Mary Jardin Agent. Bisnes Patuh Syariah Tanpa Modal

Mary Jardin Agent. Bisnes Patuh Syariah Tanpa Modal


Entri Ada kali ni agak berlainan sikit sebab Ada nak kongsikan dengan anda satu kisah menarik yang berlaku pada Majlis Pelancaran Lip Matte MJAC di KLCC pada hari Sabtu, 21 April yang lepas.



Ada tak berkesempatan untuk hadiri majlis ni tapi sangat seronok bila dapat tengok Live Update keadaan di sana. Memang cukup meriah. Paling best bila dapat tahu booth Mary Jardin antara booth yang paling happening terima sambutan dari pengunjung. Penuh orang di booth. Alhamdulillah good job #MaryJardin team!

Untuk event kali ni, Mary Jardin ada menjemput beberapa professional Make Up Artist (MUA) yang terkenal untuk sama-sama meriahkan Majlis Pelancaran Lip Matte MJAC dan salah seorangnya adalah saudari Amni Kifli.




















Review Foundation Mary Jardin Artisan Cosmetic (MJAC) cosmetic dari MUA Amni Kifli

P/S: Kalau nak tahu, Amni juga salah seorang pengguna Mary Jardin cosmetic dan feedback yang beliau kongsi sangat sangat best :)

KISAH MENARIK DI BOOTH MARY JARDIN

Sebagai make up consultant bertauliah, Amni dan professional MUA yang lain banyak berkongsi make up tips & tricks dengan pelanggan yang datang membeli di booth Mary Jardin.

Selesai launching Lip Matte MJAC dan keadaan dah agak reda, Amni yang masih ada di booth tiba-tiba didatangi seorang pengunjung lelaki. Lelaki tu bertanya;

“Ini booth apa?”

Amni terangkan serba ringkas berkenaan jenama Mary Jardin, produk dan Lip Matte MJAC yang baru sahaja launched.

"Sebenarnya saya hairan ingat ada artis sini. Takda pun. Tapi kenapa ramai orang? Saya pergi dekat booth artis hujung sana pun takda orang."

MARY JARDIN AGENT. BISNES PATUH SYARIAH TANPA MODAL

Bila Ada baca kisah yang Amni kongsikan ni, rasa makinnnn tertarik nak tahu apa jadi selepas tu. Lagi tak disangka-sangka bila lelaki ni bagitahu;

"Puan tahu tak. Belum pernah 7 tahun saya join FMIC ni, saya nampak keadaan macam ni. Yang datang ni semua sejuk mata memandang."

Beliau sambung lagi;

"Puan tahu, semuanya nampak solehah. Macam puan, pakai tudung, baju longgar tak macam selalu bila ada launch produk-produk macam ni."

Alhamdulillah Mary Jardin dapat wujudkan fenomena positif sebegini dari kaca mata orang awam. Atau lebih tepat lagi bak kata pengunjung lelaki ni - fenomena 'solehah'. Menutup aurat, berpakaian longgar, sopan dan sejuk mata memandang. 

PERNIAGAAN YANG SESUAI UNTUK SURI RUMAH

Nak tahu apa jadi seterusnya??

Beliau datang semula ke booth Mary Jardin pada Ahad keesokannya untuk daftarkan suri hati beliau sebagai Mary Jardin Agent!

Alhamdulillah.Bolehlah bagi peluang pada isteri tersayang berbines online dari rumah tanpa modal yang patuh syariah. Syukur dapat suami mithali macam ni.

MARY JARDIN - HADIAH TERBAIK UNTUK ISTERI TERSAYANG

Gambar sekadar hiasan

Paling best, sempat juga beliau belikan Mary Jardin Essential Set Natural Organic Skincare sebagai hadiah terbaik untuk isteri tersayang. MasyaaAllah beruntung isteri beliau kan? :)

Dapat sokongan dan izin dari suami untuk mula berbisnes online dari rumah, dapat lagi hadiah istimewa yang tak disangka-sangka.

Mary Jardin Essential Set. Hadiah terbaik untuk isteri tersayang

Sempat lagi beliau berseloroh;

"Siapa yang tak sayang bini, puan." 😍

Menarik sungguh kisah ni kan. Apapun Ada doakan moga isteri beliau berjaya dalam bisnes Mary Jardin.

PERHIASAN TERINDAH ADALAH WANITA SOLEHAH

Suka untuk Ada berkongsi secara ringkas di sini.

6 ciri-ciri wanita solehah:

  • Seorang mukminah solehah akan takut untuk menyalahi larangan Allah SWT, dia berakhlak mulia dan mempunyai pegangan hati yang tenang.
  • Menjaga solatnya dengan wuduk yang sempurna, solat yang khusyuk serta dilakukan di awal waktu. Ini kerana solat dapat menghalang benda keji lagi mungkar.
  • Menjaga kehormatan diri dan pakaiannya. Menjaga hijabnya dan bergembira dengan pakaiannya yang menutup aurat. Patuh Syariah yang melambangkan seorang wanita mukminah yang patuh pada perintah Allah dan RasulNya.
  • Menundukkan pandangan kepada yang bukan mahramnya, nescaya hati dan jiwa akan semakin bening dan jernih.
  • Bagi yang ada suami, hendaklah taat pada suaminya dalam perkara yang makruf selagi suami tidak menyuruhnya berbuat perkara maksiat dan suaminya menyuruh dia berbuat pada perkara-perkara yang di bawah kemampuannya.
  • Mendididk anak-anaknya agar taat kepada Allah Azza wa Jalla, agar takut kepada Allah SWT. Didiklah dengan aqidah yang benar, tanam dalam jiwanya perasaan takut kepada Allah dan keimanan kepada-Nya.

Moga bermanfaat dan dapat jadi panduan untuk kita semua InshaaAllah.


Salam Ukhwah dari saya,
Mary Jardin Kuala Lumpur | Petaling Jaya, Selangor
SMS | Whatsapp: Klik >> 017 9177802
nuruladarahman@gmail.com
FB Page: Nurul Adawiah


















No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen :)