Monday 24 July 2017

KECUTKAN JERAWAT DENGAN MASKER TOMATO


Mesti ramai yang dah tau khasiat tomato untuk kulit wajah. Tapi kadang-kadang macam tak berapa 'rajin' nak buat masker.
 😆
Guna tomato antara cara terbaik nak dapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri. Tomato boleh redakan jerawat, lembapkan kulit, kecilkan liang pori muka.

Lagipun tomato paling mudah nak dapat. Selalunya stok tomato memang banyak dalam fridge kan? 😁

Jadi apa kata ambil sebiji tomato dan jadikannya sebagai rutin penjagaan harian untuk kulit kita. Memang puas hati!

Jom kita tengok cara nak buat tomato cubes / masker tomato yang sangat mudah. 

DIY TOMATO CUBES



1. Pilih tomato yang masak ranum. Cuci sebersih-bersihnya dan potong kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar.


2. Kisar tomato menggunakan blender kering. Tak perlu tambah air. Cuma perlu tambah kasih sayang je secukup rasa. 😍


3. Dah siap kisar, tuangkan ke dalam bekas ais. Takda bekas comel kiut miut pun ok je. Tapi kalau ada, kira bonusla tu. Lagi semangat nak buat. 😊

4. Terus simpan dalam fridge bahagian freezer.


5. Tadaaa! Dah siap. Bolehla ambil 1 cube, dan oleskan kat muka. Lembut-lembut ayu ayu je, jangan pi sental pulak ye.
😉

6. Biarkan lebih kurang 30 minit. Bilas muka seperti biasa.



7. Lepas tu bolehla fefeeling duk depan cermin sambil rasai kelembutan kulit wajah. 😜

Amalkan guna tomato cubes / masker tomato ni pada setiap pagi. InshaaAllah hasilnya sangatlah tidak mengecewakan.



Selamat mencuba! 😉


NATURAL, ORGANIC & HALAL SKIN CARE - MARY JARDIN KUALA LUMPUR | PETALING JAYA SELANGOR




P/s: Tercari-cari Natural skincare yang boleh merawat masalah muka seperti jerawat, parut, jeragat & kulit kusamKlik di sini





Salam Ukhwah dari saya,

Mary Jardin Kuala Lumpur | Petaling Jaya, Selangor
SMS | Whatsapp: Klik >> 017 9177802
nuruladarahman@gmail.com
FB Page: Nurul Adawiah


2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen :)